PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH

BLOG 1001

Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.

BLOG 1002

Turut serta menghadiri majlis adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail, Pengetua SMA Al-Khairiah, Puan Hajah Zaleha Binti Haji ibrahim, Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Encik Faizal Bin Abdul Aziz, pegawai-pegawai JMG KPP dan wakil-wakil dari jabatan kerajaan lain.

BLOG 1003BLOG 1004

Projek pembanguanan sumber air tanah ini adalah di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11). kerja penggerudian telaga telah dimulakan pada 23 Ogos 2017 dan siap pada 30 Ogos 2017. Telaga tiub ini yang mencapai kedalaman 100 meter mampu membekalkan air bersih yang terawat pada kadar 9000 liter/jam.

BLOG 1005BLOG 1006BLOG 1007BLOG 1008

 

Written by : Wan Bennyamin