BENCANA GEOLOGI GUNUNG JERAI: JMGKPP KONGSI DAPATAN

BENCANA GEOLOGI GUNUNG JERAI: JMGKPP KONGSI DAPATAN

GUNUNG JERAI, 14 September 2021 - Kejadian bencana geologi tanah runtuh dan aliran puing yang melanda sekitar Gunung Jerai pada tanggal 18 Ogos 2021 masih lagi menjadi bualan bukan hanya di kalangan para sukarelawan, malah di kalangan agensi kerajaan dan kementerian.

Sejak tarikh tragedi bencana geologi itu, kawasan bencana tidak putus-putus dikunjungi delegasi kementerian, pengarah dan wakil agensi-agensi kerajaan serta wakil-wakil rakyat. Dalam setiap sesi lawatan itu, JMGKPP sentiasa dijemput sama bagi menyampaikan taklimat berkenaan kejadian bencana geologi yang berlaku dan menunjukkan bukti-bukti yang dapat dilihat di lapangan. Program taklimat dan lawatan ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Yan.

Pada 9 September yang lalu, Pengarah JMGKPP, En. Abdullah Bin Sulaiman telah memberikan taklimat kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Dato' Sr. Azhari bin Mohamed dan delegasi JUPEM yang melawat kawasan tragedi bencana di Yan.

Pada 11 September yang lalu, Pengarah JMGKPP, En. Abdullah Bin Sulaiman turut memberikan taklimat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Senator Idris Bin Ahmad dan delegasi kementerian serta agensi-agensi berkaitan dalam majlis lawatan ke kawasan bencana di Yan.

Pada 12 September pula, Pengarah JMGKPP telah memberikan taklimat kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) Datuk Wan Ahmad Huzir bin Haji Wan Sulaiman Kementerian kerja Raya dan delegasi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada 18 September yang lalu, Timbalan Pengarah (Geosains) JMGKPP, Tn. Hj. Azizan bin Ali pula memberikan taklimat kejadian bencana geologi kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang dalam sesi lawatan dan penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa tragedi.

 

Written by : afif