ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Seiring dengan kemajuan pesat teknologi sistem maklumat, JMGKPP juga tidak ketinggalan telah mengadakan satu lagi bengkel asas pengendalian laman web rasmi jabatan dan blog JMGKPP siri 2/2013. Bengkel yang diadakan di Bilik Delima JMGKPP ini melibatkan kakitangan dari pelbagai unit di jabatan dan turut disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI). Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahirkan para staf tentang tatacara pengendalian laman web jabatan dan blog JMGKPP, mengemaskini maklumat aktiviti yang telah dijalankan oleh jabatan serta bagi mewar-warkan program yang dirancang kepada pelayar laman blog. Program sehari ini telah dikendalikan oleh Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP.
Dengan adanya bengkel seumpama ini, diharapkan agar laman blog JMGKPP sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dengan lebih aktif lagi. Oleh itu, secara tidak langsung semua kakitangan akan lebih cakna dengan perkembangan terkini aktiviti jabatan. Diharapkan program yang baik sebegini dapat diteruskan dan dijalankan secara berkala sebagai pengisian kalendar latihan jabatan dalam memantapkan kemahiran kakitangan khususnya di bidang IT.
Disediakan oleh: Hasmuni Sukor