Geopark Jerai Di Ekspo Muafakat Kedah

Geopark Jerai Di Ekspo Muafakat Kedah

ALOR SETAR, 3 Mac 2018 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah mengadakan booth pameran dan promosi Geopark Jerai bersempena Ekspo Muafakat Kedah yang berlangsung sejak 24 Februari yang lalu.

WhatsApp Image 2018-02-27 at 2.26.27 PM

Booth Geopark Jerai diwujudkan merupakan tarikan utama bagi Kluster Warisan Dan Pelancongan Negeri Kedah dan mendapat kerjasama padu daripada Kerajaan Negeri Kedah melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN).

WhatsApp Image 2018-02-25 at 3.59.50 PM

Ribuan pengunjung datang ke booth untuk mengenali dan mendapatkan maklumat tentang tarikan yang ada dalam Geopark Jerai.

WhatsApp Image 2018-02-25 at 4.47.46 PM

Penubuhan Geopark Jerai nyata mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada kerajaan negeri melalui ucapan penghargaan dan syabas daripada Menteri Besar Kedah, Dato' Sri Diraja Mohd Bashah bin Md Hanipah dan barisan EXCO Negeri Kedah termasuklah Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail (EXCO Pelaburan, ADUN Guar Cempedak), Dato' Hj. Mohd Rawi bin Abdul Hamid (EXCO Pelancongan, ADUN Ayer Hangat) dan Datuk Suraya bin Yaacob (EXCO Pembangunan Usahawan dan Wanita, ADUN Sungai Tiang) yang mengunjungi booth tersebut.

WhatsApp Image 2018-02-28 at 10.24.11 AM

Turut berkesempatan mengunjungi booth Geopark Jerai ialah Ketua Pengarah JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi.

Written by : afif