ALOR SETAR, 2 November - Kakitangan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah hadir ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Kedah Bersama Perdana Menteri Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, Khamis lalu.
Antara yang hadir termasuklah Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Azhari Ahmad, barisan pegawai dan kakitangan pelaksana.
Usai majlis itu, JMG KPP sempat beramah mesra dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan pentadbir daerah di samping membincangkan kerjasama bersama dalam pelbagai bidang termasuklah pembangunan Geopark Jerai.