JMG KPP terima kunjungan REKEY

JMG KPP terima kunjungan REKEY

ALOR SETAR, 6 November 2017 - Satu perbincangan berkaitan aktiviti pembangunan komuniti Jerai Geopark telah diadakan bersama-sama ahli Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (REKEY) dengan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang.

Perbincangan ini dikendalikan oleh Puan Nur Susila Md. Saaid, Pegawai Geosains Kanan bagi Aktiviti Pemetaan Geologi.

JMG KPP berbesar hati dan terharu menerima kunjungan ahli-ahli REKEY yang bersungguh-sungguh untuk memperkasakan ekonomi komuniti dalam lingkungan Jerai Geopark.

rekey02

Kehadiran Presiden REKEY, Encik Mohamad Firdaus Bin Mohamad, Setiausaha REKEY, Mohamad Zabidi Bin Ahmad dan Ahli Jawatankuasa REKEY iaitu Sazali Bin Abdul Muzit serta Rosilah Binti Abu Hassan akan menyemarakkan lagi usaha JMGKPP untuk terus maju bersama Jerai Geopark.

Written by : afif