JMGKPP anjur bengkel aplikasi geologi lapangan kepada kakitangan

SIK, 22 November 2013 - JMGKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Kaedah Lapangan dan Aplikasi Data Geologi untuk Pegawai dan Pembantu Geosains jabatan ini.

Program yang berlangsung di Bendang Man Resort, Sik ini berlangsung selama 4 hari ini dihadiri semua pegawai dan kakitangan teknikal jabatan.

Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan praktikal kepada semua kakitangan berkaitan tugas-tugas teknikal di pejabat dan di lapangan, merangkumi kajian sumber mineral berlogam dan mineral perindustrian, persampelan geokimia, pemetaan cerun, ulasan guna tanah, pembebeasan mineral dan OSC serta pemetaan geologi di lapangan.

Turut dilaksanakan ialah aktiviti lawatan tapak permohonan kuari dan penyediaan ulasan berkaitan yang dikelolakan oleh Unit Lombong dan Kuari.

Semua staf dan kakitangan teknikal yang hadir berpeluang mempelajari segala teknik dan tugas-tugas teknikal utama yang sebelum ini bukan tugasan harian mereka.

Written by : afif