JMGKPP TERIMA KUNJUNGAN KETUA PENGARAH JMG

DSC 8675

ALOR SETAR - JMGKPP bertuah kerana menjadi pejabat negeri pertama menerima kunjungan Yang Berusaha Tn Hj Mior Sallehhuddin bin Mior Jadid, Ketua Pengarah JMG Malaysia pada 25 April lalu.

DSC 8636

Peluang melawat dan beramah mesra bersama kakitangan JMGKPP dimanfaatkan oleh beliau sementara masih berada di Alor Setar sejurus selepas mesyuarat perhubungan pengarah-pengarah negeri dan pengurusan ibu pejabat diadakan di sini.

DSC 8645

Dalam sesi lawatan, Tuan Haji Mior sempat berkongsi tentang isu-isu semasa berkaitan jabatan dan perkhidmatan awam serta menjawab persoalan-persoalan dan pandangan yang diutarakan oleh kakitangan JMGKPP.

DSC 8604

Written by : afif