Kakitangan Wanita JMG Malaysia Didedah Ilmu Pengurusan Geopark

Kakitangan Wanita JMG Malaysia Didedah Ilmu Pengurusan Geopark

IPOH, 26 Oktober 2017 - Satu Program Kesedaran Pengurusan Geopark Secara Mampan telah diadakan di Impiana Hotel di sini anjuran Puspanita JMG Malaysia khusus untuk kakitangan jabatan yang majoritinya bukan daripada kumpulan teknikal. 

Dalam program itu, ceramah berkaitan Jerai Geopark telah disampaikan oleh Puan Nur Susila Md. Saaid, Ketua Projek Jerai Geopark untuk JMG KPP.

Seramai 50 orang peserta wanita JMG menyertai kursus ini dan kursus ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral JMG Malaysia, Tuan Haji Muzayin bin Alimon.

22829163 827973687383904 3649628707637592858 o

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai pengurusan Geopark secara mampan di Malaysia serta Mmmberi panduan teknik-teknik berkenaan pencirian ringkas mengenai Geopark.

Lawatan ke geotapak bagi mendalami geotapak yang telah dipelajari melibatkan lawatan ke Geopark Lembah Kinta. Program seumpama ini wajar diadakan setiap tahun untuk membolehkan semua pihak di dalam JMG memahami dan merasai impak projek yang telah menjadi KPI Menteri NRE untuk tahun 2017.

Written by : afif