Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Ke JMGKPP

ALOR SETAR, 3 April 2014 - Ketua Pengarah JMG Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Yunus bin Abdul Razak telah berkesempatan mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat JMGKPP di Alor Setar, hari ini.

Kunjungan Dato' Yunus disambut oleh Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah dan para pegawai. Sesi bergambar diadakan pada sebelah pagi sebelum sesi ramah mesra bersama Dato' Yunus di Bilik Mesyuarat Delima.

Written by : mustadza