Pengarah JMGKPP seru pupuk keharmonian dan kebersamaan

Tuan Haji Zainol Bin Husin, Pengarah JMG KPP menyeru semua pegawai dan staf sokongan jabatan agar memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian dalam usaha meningkatkan produktiviti kerja. Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan bilangan ke-7 2012 semalam yang telah dihoskan oleh Unit Geosains.

Pengarah JMG KPP turut menyeru warga jabatan agar menjaga nikmat kesihatan yang telah dikurniakan Allah s.w.t. terutamanya apabila Ramadhan telah berakhir. Ujar beliau, apabila usia sudah mencapai 50 tahun, kebiasaannya tubuh badan akan mula memberi signal kehadiran pelbagai jenis penyakit dan lebih jelas apabila menjelang usia persaraan.

Di akhir ucapan beliau menggalakkan semua staf yang beragama Islam terutamanya yang masih muda untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Perhimpunan bulanan jabatan kali ini juga meraikan En. Che Aziz Bin Che Soh, Timbalan Pengarah Unit Geosains yang akan berpindah ke JMG Sabah pada September ini dan diikuti dengan majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1433H peringkat jabatan.

Written by : afif