Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H

Pegawai dan kakitangan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H dan selamat menjalani ibadah korban kepada seluruh warga JMG Malaysia. Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa dan raga, gembleng tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud : “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.

Written by : afif