PERHIMPUNAN BULANAN JMG NSM JANUARI 2015

23 Jan 15  : Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2015 peringkat Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) diadakan pada 23 Januari 2015 bersamaan dengan 2 Rabiul Akhir 1436H di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Seramai 35 pegawai dan kakitangan telah hadir ke perhimpunan berkenaan.

Pengacara majlis disampaikan oleh En. Sharizal bin Abu Bakar disusuli dengan bacaan doa oleh En. Tahar bin Musa serta bacaan ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Zulkefly bin Ahmad.Seterusnya sesi pengucapan awam oleh En. Azmiran bin Amran yang bertajuk ' Refleksi Otak' dan seterusnya ucapan pengarah oleh En. Zulkipli bin Che Kasim.

Selain itu, taklimat fail server telah disampaikan oleh Pn.Norhayati binti Mohd Rawi untuk pengetahuan kakitangan JMG NSM sebagai backup data.

JMG NSM telah menganugerahkan En. Azhar bin Ahmad Nazri sebagai Anugerah Pekerja sihat dan Anugerah Tuntutan Perjalanan Terbaik diberikan kepada Pn.Haniza binti Zakri.

Hari lahir pada bulan Januari adalah Pn.Dorshiah binti Mohd Jais, Pn.Norhayati binti Mohd Rawi dan En. Nizam bin Md. Noordin, En. Saiful Azwan bin Kassim, En.Zulkefly bin Ahmad, En. Hamran bin Darus, dan En.Anuar bin Bukhari. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. 1234

 

 

 

 

 

Written by : azura