LENGGENG FUN RIDE 2017

LENGGENG FUN RIDE 2017

Lenggeng, 17 Disember 2017 – Seramai 5 (lima) orang kakitangan JMGNSM telah mewakili Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) di dalam acara  Lenggeng Fun Ride 2017 yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Nilai pada hari Ahad yang lalu. Kakitangan tersebut adalah En Saiful Azwan, En Jefri, En Zulkefly, Puan Nadiya dan Puan Norliza

Program berbasikal ini telah memberi peluang kepada peserta beriadah sambil menikmati keindahan kampung dengan jarak kayuhan sejauh 21km mengelilingi kawasan Lenggeng. Pelepasan telah dilakukan pada jam 7:30 pagi oleh Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif di padang sekolah Kebangsaan Mendom, Lenggeng dan dirasmikan pada jam 10:00 pagi oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Y.B. Dato’ Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Haji Redza. Program ini telah berjaya menarik minat kira-kira 300 peserta yang merangkumi pelbagai peringkat usia dan yang menariknya peserta bukan sahaja terdiri dari warga Negeri Sembilan tetapi juga dari Negeri Selangor, Negeri Melaka dan Negeri Johor.

Sumbangan artikel : Pn. Norliza Azman 

Written by : norhayati_mr