Serdang, 8 Mac 2018 - Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan di MAEPS Serdang. Seramai 72 orang kakitangan JMG telah menerima Anugerah tersebut, manakala 3 orang daripada mereka adalah kakitangan JMG Negeri Sembilan / Melaka.
Tahniah dan syabas kepada penerima anugerah. Semoga terus cemerlang di dalam melaksanakan segala tugasan.
Penerima anugerah bergambar bersama Pengarah JMG NSM, En Joanes bin Muda dan Pengarah
Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG Ibu Pejabat, En. Mohd Badzran bin Mat Taib.