Seremban, 26 Mac 2018 – Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) kali ke-12 telah diadakan pada jam 11 pagi di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Seramai 25 orang ahli telah hadir.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengerusi Kelab iaitu En. Joanes bin Muda yang juga merupakan Pengarah JMG NSM. Pelbagai agenda telah dibentang dan beberapa perbincangan dan cadangan bernas oleh ahli-ahli telah dipersetuju dan diperakui. Mesyuarat ditamatkan kira-kira jam 12.30 tengah hari malah jamuan tengah hari turut disediakan.