Seremban, 14 Julai 2018 - Satu Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Majlis itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta dif-dif kehormat dan para jemputan. Beberapa acara diadakan sempena majlis itu, antaranya perarakan anggota perbarisan dan perarakan jentera bomba. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis itu.