Seremban, 9 Januari 2019 - Satu sesi perjumpaan diantara pegawai-pegawai teknikal di JMG NSM telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM pada hari Rabu yang lalu. Perjumpaan ini telah ditetapkan dan akan diadakan pada setiap hari Rabu jam 3.00 petang dan dikenali sebagai Kelab Kopi Pegawai JMG NSM. Ianya adalah bagi membincangkan status tugasan yang sedang dan akan dilaksanakan. Turut akan dibincangkan adalah isu / permasalahan yang telah dikenalpasti termasuklah perkongsian ilmu dan hal-hal lain.
Sesi pertama telah dijalankan pada hari ini dan telah membincangkan hal berkenaan pembersihan dan keceriaan pejabat serta pengagihan tugas semasa program gotong-royong yang akan diadakan pada 10 Januari 2019.