Seremban, 27 Februari 2019 - Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Februari telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Perhimpunan kali ini telah diselia oleh Unit Sumber Mineral. Pengacara bagi program pada hari ini adalah Puan Nurulhuda binti Ismail, manakala pembaca doa dan pembaca ikrar adalah En Esa bin A Rahman dan En Zamri bin Abu Samah.
Program dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan, Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu JMG. Antara tentatif program pada majlis kali ini adalah Ucapan Pengarah JMG NSM, Taklimat Tatatertib yang telah disampaikan oleh Puan Siti Faridah binti Yusup, tayangan aktiviti JMG NSM sepanjang bulan Februari 2019, ucapan Selamat Hari Lahir dan pengenalan Pekerja Sambilan Harian (PSH) serta Pelajar Latihan Industri.