Seremban, 18 April 2019 - Satu Majlis Persaraan dan Perpisahan kakitangan JMG NSM telah diadakan di Hotel Palm Seremban. Majlis ini adalah bagi meraikan persaraan En Hamran bin Darus (Pembantu Geosains, Unit Geosains) dan pertukaran En Mohd Yusuf bin Asby (Penolong Pegawai Geosains, Unit Lombong dan Kuari). En Hamran bin Darus telah memilih untuk bersara pada usia 56 tahun setelah berkhidmat selama 33 tahun, manakala En Mohd Yusuf bin Asby pula akan bertukar ke JMG Sabah mulai Mei 2019 ini.
Majlis sambutan ini disekalikan dengan Majlis Perhimpunan Bulanan (April) JMG NSM.
Bacaan Ikrar oleh Kakitangan JMG NSM sempena Majlis Perhimpunan Bulanan
Ucapan oleh Pengarah JMG NSM
Sesi bergambar kenang-kenang bersama kakitangan yang diraikan.