Taklimat Gempa Bumi Kinabalu

Taklimat Gempa Bumi Kinabalu

Seremban, 11 Oktober 2019 - Satu Taklimat Gempa Bumi Kinabalu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jurassic, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka pada jam 9.30 pagi. Taklimat ini telah disampai oleh En Bailon Golutin (Penolong Pengarah Kanan) dari Jabatan Mineral dan Geosains Sabah. 

Taklimat yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan dari warga JMG NSM yang rata-ratanya ingin mengetahui tentang aktiviti gempa bumi yang pernah melanda Negeri Sabah pada tahun 2015 yang lalu.

Di dalam taklimat tersebut, En Bailon telah berkongsi maklumat tentang bagaimana proses kejadian gempa bumi, maklumat tentang tektonik Asia Tenggara dan kawasan-kawasan yang pernah mengalami gegaran di Malaysia. Selain daripada itu, beliau turut telah berkongsi pengalaman sepanjang menjalankan kajian gempa di negeri Sabah. Taklimat yang telah berlangsung selama 2 jam ini diakhiri dengan imbasan gambar-gambar kesan gempa bumi di negeri tersebut. Secara keseluruhannya, banyak maklumat telah diperolehi hasil perkongsian ilmu yang telah beliau berikan. 

 

Written by : norhayati_mr