PUTRAJAYA, 15 & 16 Oktober 2019 - Satu persidangan dan pameran bertajuk IQM CONEX 2019 telah berlangsung di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Persidangan ini yang bertemakan "Innovative Quarrying Technology Industry 4.0" antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan serta kemajuan dalam industri pengkuarian berkaitan teknology Industry 4.0.
Persidangan ini dianjurkan oleh Institute of Quarrying Malaysia (IQM) dengan sokongan JMG. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG, YBhg. Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Pengarah JMG NSM, En. Joanes Muda juga hadir dan bertindak sebagai salah seorang pengerusi sesi di persidangan tersebut.