IPOH, PERAK (29-30 Oktober 2019) - Simposium Mineral (SIMPOMIN 2019) telah berlangsung di Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak pada 29 - 30 Oktober 2019. Program yang bertemakan 'Toward Mineral Innovation and Commercialisation' antara lain bertujuan untuk menggalakkan dan mempelbagaikan penggunaan sumber mineral tempatan serta mempelbagaikan pembangunan sumber mineral secara mapan melalui penyelidikan dan pembangunan.
Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh. Majlis perasmiannya pula telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG, YBhg. Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi.
Seramai 3 orang kakitangan JMG NSM telah hadir ke simposium ini, mereka adalah Tuan Pengarah, En Joanes bin Muda, Puan Masrita binti Mohd Aras dan Puan Noran Nabila binti Nor Azlan.