Perhimpunan Bulanan Oktober 2020

Perhimpunan Bulanan Oktober 2020

SEREMBAN, 23 Oktober 2020 - Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jurassic JMG NSM. Perhimpunan Bulanan ini diadakan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Seramai 30 kakitangan telah menghadiri perhimpunan bulanan pada kali ini. Antara program yang telah diadakan adalah Ucapan Pengarah, Taklimat REE dan Perasmian Sambutan Hari Inovasi peringkat JMG NSM bagi tahun 2020. 

Tuan Joanes bin Muda, Pengarah JMG NSM di dalam ucapannya telah mengingatkan kakitangan agar menjaga keselamatan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan daripada dijangkiti COVID yang didapati semakin meningkat pada akhir-akhir ini. Beliau turut menasihatkan kakitangan agar melaksanakan tugasan dengan baik dan berhemah. Segala tugasan yang tertunda akibat PKP sebelum ini diharapkan dapat diselesaikan dengan sempurna. 

Majlis Perhimpunan Bulanan diteruskan dengan Taklimat Pengenalan REE oleh Puan Masrita binti Mohd Aras (Penolong Pengarah Kanan, Unit Sumber Mineral). Beliau telah menerangkan tentang pengenalan, sumber dan kegunaan REE kepada semua kakitangan JMG NSM.

Pada Perhimpunan Bulanan pada kali ini, turut diadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi bagi tahun 2020. Seramai 16 orang AJK telah dilantik di kalangan kakitangan JMG NSM dengan di Pengerusikan oleh Puan Noran Nabilla binti Norazlan (Penolong Pengarah, Unit Sumber Mineral). Pelbagai aktiviti dan program yang akan dilaksanakan telah dimaklumkan kepada semua kakitangan.

Majlis Perhimpunan Bulanan ini diakhiri dengan sambutan Hari Lahir Tuan Joanes bin Muda yang jatuh pada hari yang sama. 

 

Written by : norhayati_mr