AKTIVITI KESMIG : DEMONSTRASI PRODUK AMWAY

AKTIVITI KESMIG : DEMONSTRASI PRODUK AMWAY

Seremban, 19 Disember 2017 – Biro Kebajikan dan Sosial, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) dengan kerjasama Wakil Jualan Amway (M) Sdn Bhd telah menganjurkan satu demonstrasi produk Amway iaitu Periuk Tekanan Tinggi Noxxa dan Philips Perfect Care Aqua Steam Generator Iron pada jam 10:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JMGNSM Aras 1.

Puan Shana yang merupakan Wakil Jualan Amway (M) Sdn Bhd telah menunjukkan demonstrasi memasak Pulut Kuning dan Kari Ayam menggunakan Periuk Tekanan Tinggi Noxxa hanya selama 15minit. Beliau juga turut membuat demonstrasi penggunaan Philips Perfect Care Aqua Steam Generator Iron yang sangat-sangat praktikal perlu ada di setiap rumah di Malaysia kerana ia menjadikan aktiviti menggosok suatu yang memudahkan dan mesra pengguna, malah kanak-kanak seawal usia 5 tahun pun boleh menggosok tanpa perlu risau adanya kesan terbakar kepada pakaian yang digosok.

Pada penghujung demo, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pembelian produk secara main kutu, undian bagi menentukan giliran telah dibuat.

 

Written by : NORLIZA BINTI AZMAN