Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang

Oleh  : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

13 Oktober 2018 (Sabtu). Program Hari Sukan Negara 2018 peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan dengan jayanya dan meriah di Kuantan. Program ini merupakan program tahunan, serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia sempena Program Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di KL Sport City, Bukit Jalil. Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dan satu langkah pro aktif proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Secara am, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya  berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wan Rosdi bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuantan.

HSN8

HSN2

Program bermula pada pukul 7.30 pagi, dengan acara senamrobik yang turut disertai oleh YB Menteri Besar Pahang, dif-dif jemputan kehormat serta semua rakyat Negeri Pahang yang hadir. Ini selanjutnya diikuti oleh acara “Big Walk”, iaitu berjalan kaki sekitar 1.2 km mengelilingi kawasan sekitar dan luar Kompleks Belia dan Sukan Negeri PahangHSN1

Beberapa acara lain turut sama diadakan pada program tersebut, antara lain termasuk permainan bola keranjang, permainan futsal, permainan bolasepak, permainan sukan rakyat,  pemeriksaan kesihatan, food truck, gerai jualan dan sebagainya. Klinik bolasepak juga diadakan dengan dibantu oleh kehadiran pemain-pemain bolasepak dari pasukan bolasepak negeri.

HSN7

HSN6

HSN3

HSN4

HSN5

Permainan dan program yang dilaksanakan dalam suasana karnival yang harmoni dan meriah ini berjaya menarik perhatian dan penyertaan ramai terutama golongan muda untuk turut sama dalam program yang dibuat. Kakitangan JMG Pahang turut sama hadir bagi menyertai dan memeriahkan Program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan.

Diharapkan Program Hari Sukan Negara ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi membantu pembentukan rakyat Malaysia, khususnya golongan dan generasi muda, yang lebih proaktif, cergas dan dinamik.

Selamat Hari Sukan Negara 2018

- sekian -

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 9/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 9/2018

Johor Bahru, 2 Oktober 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Norhazidi b. Masrom, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Abdul Manaf b. Hanapiah dan pembaca ikrar oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR 2018

1

JOHOR BAHRU, 13 OKTOBER 2018 - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia , Negeri Johor telah mengadakan Hari Sukan Negara bagi tahun 2018 secara indoor dengan jayanya. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (HiCBDRR) 2018

PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (HiCBDRR) 2018

KUNDASANG, SABAH (14 OKTOBER 2018) : AHAD, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan satu Program High-Impact Community-Based Disaster Risk Reduction (HiCBDRR) atau Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana yang berlangsung pada 8 Oktober 2018 hingga 13 Oktober 2018 bertempat di Kem Bina Negara Kundasang dan Pusat Latihan Islam Kundasang serta Sekolah Menengah Ranau.

Baca selanjutnya

PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

BUKIT TINGGI, PAHANG (13 OKTOBER 2018) : SABTU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Gred 54 secara hakiki kepada pegawai-pegawai kanan JMG di Hotel Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang pada 12 Oktober 2018. Penyampaian watikah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah, Ketua Pengarah JMG Malaysia.

Baca selanjutnya