PEMANTAUN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PEMANTAUN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PENAMPANG, SABAH (2DISEMBER 2020) ISNIN: Lawatan pemantauan kerja-kerja letupan bagi pembinaan jalan raya Pan Borneo telah dibuat pada 2 Disember2020 di kawasan Penampang, letupan telah dibuat pada jam 12.50 tengahari yang di saksikan oleh Asp Arissa dari IPD Penampang, seorang pegawai dari JKR, seorang dari Majlis Keselamatan Negara serta En. Aidil Arnolous Rema(TPLK), En. Jexson(Pen.Pegawai LK), En. Arthur Leo(Pembantu Geosains Kanan) dan En. Mohd Azrol Mohd Hanaffi (Pembantu Operasi) adalah kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

Pemantauan kerja-kerja letupan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan rekod kadar kekuatan bunyi letupan serta gegaran di kawasan sekitarnya. Jarak bacaan rekod diambil dari jarak 500+- Meter dan tidak ada rekod bacaan selepas letupan dilakukan.

 

Sumber Foto: En. Arthur Leo 

Sumber maklumat dan penulisan: En. Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi

 

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2020 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2020 JMG JOHOR

Johor Bahru, 20 Disember 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2020 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Saufee b. Sehat dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan yang terakhir untuk tahun 2020 kali ini.

Baca selanjutnya

MAJLIS LAWATAN SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR

MAJLIS LAWATAN SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR

Johor Bahru, 13 Disember 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan ke JMG Johor bagi program jelajah ke setiap pejabat JMG seluruh Malaysia sempena persaraan beliau yang akan menjelang pada awal bulan Januari tahun 2021. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu  beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali. Untuk pengetahuan, Datuk KP telah berkhidmat dengan kerajaan selama 36 tahun 2 bulan 12 hari dengan jawatan sebagai Pegawai Galian. 

Baca selanjutnya

Kunjungan Hormat JMG Malaysia kepada Menteri Besar Pahang, Disember 2020

Kunjungan Hormat JMG Malaysia kepada Menteri Besar Pahang, Disember 2020

Kunjungan Hormat JMG Malaysia kepada Menteri Besar Pahang, Disember 2020

 

Oleh : Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

 

Pada hari Jumaat 11 Disember 2020, bersamaan 25 Rabiulakhir, 1442 Hijrah, Pengarah JMG Pahang, Tn Hj Nurul Huda bin Romli bersama Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia, En Azemi bin Hj Eki telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail di Pejabat Menteri Besar Pahang di Wisma Seri Pahang, Kuantan. Rombongan JMG Pahang turut disertai oleh En Mohd Sari bin Hasan, Timbalan Pengarah Unit Geosains, Tn Hj Shari bin Ismail. Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral dan En Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan, Ketua Unit Pengurusan Maklumat JMG Pahang. Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail turut disertai bersama oleh Dato’ Fadzilla bin Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Pahang dan wakil-wakil berkaitan dari Kerajaan Negeri Pahang.

 

Tujuan utama kunjungan hormat kepada Menteri Besar ini diadakan ialah bagi pemakluman dan pengenalan berkaitan Potensi dan Pembangunan Sumber Unsur Nadir Bumi Bukan Radiokatif (NR-REE) Dalam Tanah Liat Jerapan Ion (Ion Adsorption Clay) Negeri Pahang oleh JMG Malaysia yang disampaikan oleh En Azemi bin Hj Eki. Berikutan isu Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Element) yang menjadi agak tular dan popular pada masa kini, adalah menjadi keperluan dan penting untuk pihak JMG Malaysia memberikan sedikit sebanyak penerangan berkenaan isu-isu berkaitan kepada mana-mana pihak kerajaan negeri yang berkepentingan selaku pemegang taruh utama. Antara perkara utama yang telah dibuat pembentangan oleh En Azemi bin Hj Eki termasuklah penggunaan bahan, variasi bahan, taburan semasa, keradioaktifan bahan (jika ada), teknik perlombongan mampan serta perbezaan antara istilah sumber dan rezab bahan.

 

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail dalam bual balas beliau menyatakan pihak kerajaan negeri sentiasa terbuka dan berminat dengan sebarang usul yang dinyatakan, ditambah dengan Negeri Pahang yang turut mempunyai sumber berkaitan mengikut kajian semasa. Beliau bagaimanapun menyarankan agar Standard of Procedure (SOP) untuk cadangan aktiviti  berkenaan disediakan serta sentiasa diperhalusi dari masa ke semasa bagi memastikan perlombongan mampan dan selamat dapat diusahakan sekiranya ia dilaksanakan. Beliau turut menekankan berkaitan isu perlombongan haram yang masih berlaku dan perlunya kerjasama antara kerajaan Negeri Pahang dan pihak JMG Malaysia selaku Agensi Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan penguatkuasaan bersama yang bersesuaian.

 

Kunjungan hormat kepada Dato’ Sri Menteri Besar yang berlansung selama lebih 50 minit ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata yang disampaikan oleh En Azemi bin Hj Eki kepada Dato’ Sri Menteri Besar berupa buku dan laporan-laporan terbaharu Cawangan Ekonomi JMG Malaysia. Ini kemudiannya disusuli pula oleh penyampaian cendera kenangan dari Dato’ Sri Menteri Besar kepada delegasi JMG Malaysia. Terima kasih Dato’ Sri.

 

Semoga kunjungan hormat JMG ke Pejabat Menteri Besar Pahang ini akan terus mengeratkan hubungan dan kerjasama JMG Malaysia secara am dan JMG Pahang secara khusus selaku entiti Kerajaan Persekutuan dengan Pejabat Menteri Besar Pahang khususnya, serta Kerajaan Negeri Pahang amnya…Insha Allah…

 

- sekian -

 

 

MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH JMGSWP, ENCIK NICHOLAS JACOB

MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH JMGSWP, ENCIK NICHOLAS JACOB

Pada hari Jumaat bersamaan 04 Disember 2020, JMG Selangor/W. Persekutuan telah meraikan persaraan tuan pengarah negeri, Encik Nicholas Jacob. Walaupun kembalinya beliau untuk berkhidmat di JMGSWP kurang daripada 3 tahun selaku Timbalan Pengarah Geosains dan Pengarah Negeri, namun persaraan beliau amat dirasai dan akan dirindui oleh keseluruhan warga jabatan. Ini terbukti dengan jumlah hadiah dan cenderahati yang diterima oleh beliau, bukan hanya daripada unit-unit jabatan, malah daripada individu warga jabatan serta daripada bekas-bekas pelajar yang pernah menjalani program latihan industri di JMGSWP.

Selama perkhidmatan singkat beliau di sini, beliau telah membimbing warga JMGSWP dengan sikap lemah lembut, sabar, prihatin dan sentiasa menghormati dan dihormati oleh semua lapisan warga jabatan. Syabas, kami warga JMGSWP ucapkan dan mendoakan semoga Tuan Nicholas Jacob berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih tuan dan jasamu akan kami kenang.