MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2020, PERSARAAN KAKITANGAN JMG SABAH DAN MESYUARAT AGM KEM-G TAHUN 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2020, PERSARAAN KAKITANGAN JMG SABAH DAN MESYUARAT AGM KEM-G TAHUN 2022

KOTA KINABALU (28 Februari 2022):  Majlis kali telah dilaksanakan secara SOP (Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus) yang mana menghadkan kehadiran sebanyak 50% sahaja dan selebihnya adalah secara dalam talian.  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis pada hari tersebut iaitu Puan Normi Adok.  Majlis telah diberkati melalui doa yang disampaikan oleh Encik Dharmin bin Muaiyad.  Perutusan Pengarah pada bulan ini disampaikan oleh menanggung Pengarah Encik Webster Wong (Timbalan Sumber Mineral).  Majlis kali ini juga meraikan persaraan Encik John Ingkangu.  Majlis juga telah mengambil kesempatan untuk membuat pengumuman pemenang dan penyampaian Piala Pusingan Sukan KEM-G sekaligus pengumuman penutupan Pesta Sukan KEM-G bagi tahun 2022.  Perhimpunan tamat sekitar jam 11 pagi dan terus disambung dengan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan & Rekreasi Mineral & Geosains (KEM-G) JMG Sabah Ke-17.  Beberapa agenda KEM-G adalah pembentangan laporan, pembubaran AJK sesi 2019/2021 dan pemilihan baharu 2022/2024, cadangan aktiviti dan perbincangan usul.  Majlis diakhiri dengan jamuan yang diberikan secara bungkus.

KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK

KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK

18hb Februari 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sosial telah menganjurkan Kursus Masakan (Roti dan Piza). Kursus ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.

Kursus masakan ini telah diadakan di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak. Seramai 20 orang ahli telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Puan Fazlin Binti Ramli selaku tenaga pengajar untuk kursus ini telah memberikan segala ilmu dan tips bagi penyediaan roti dan pizza. Aktiviti masakan ini dibuat secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 07 Februari 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2022 telah dianjurkan oleh JMGSWP secara hibrid pada kali ini atas arahan pengarah negeri bagi mematuhi SOP demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Majlis yang diacarakan oleh Pn. Zulaikha dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez, nyanyian lagu negaraku dan ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Ghazali. Pengarah negeri, Yang Berusaha Tuan Haji  Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan perutusan sebelum disusuli tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian bantuan kewangan kepada beberapa warga jabatan yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Selangor pada hujung tahun lepas.

PERHIMPUNAN BULANAN JAN 2022 DAN HARI INOVASI JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULANAN JAN 2022 DAN HARI INOVASI JMG SARAWAK

KUCHING, Sarawak -: Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil. 1/ 2021 telah diadakan pada Khamis 27 Januari 2022 yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal. Perhimpunan ini dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu, Sarawak Ibu PertiwiKu dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa pula diketuai oleh En. Mohd. Fairuz bin Soh/ Yusuff.

En. Roslan bin Rajali, selaku pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak, telah  menyampaikan beberapa informasi terkini berkenaan isu-isu semasa Jabatan.  Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau juga telah memaklumkan kepada majlis bahawa seorang pegawai JMG Sarawak akan ditukarkan ke Semenanjung. Selain itu JMG Sarawak akan menerima kemasukan dua orang pegawai senior yang akan melaporkan diri pada awal Februari. Diakhirnya, majlis diperkenalkan dengan pelajar-pelajar latihan industri yang melapor diri pada bulan Januari.   

                                                                                                                                                                                          Di dalam perhimpunan ini juga, majlis perpisahan kakitangan iaitu Puan Veronica Serany ak. Entalang telah diraikan dengan pemberian cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenangan. Puan Veronica Serany Ak Entalang Pembantu Tadbir N19 yang telah bertukar ke JPN Sarawak berkuatkuasa pada 27 Januari 2022.

Usai majlis perhimpunan dan majlis perpisahan, acara diteruskan dengan sambutan Hari Inovasi JMG Sarawak. Majlis dimulakan dengan bacaan teks ucapan Ketua Pengarah JMG Malaysia yang disampaikan oleh En. Roslan Bin Rajali. Selepas itu para hadirin disajikan dengan tayangan video berkaitan inovasi. Acara penutup ialah taklimat ringkas kajian Rare Earth Element (REE) dan amali persampelan oleh Aktiviti Mineral Perindustrian (MPI). Taklimat disampaikan oleh Ketua Aktiviti MPI, En. Hussien B. Mohd Juni manakala amalinya oleh En. Stanley Ak Sindor. Jmg Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian aktiviti MPI untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan REE kepada warga JMG Sarawak.

Walaupun majlis perhimpunan kali ini diadakan secara sederhana, namun kemeriahannya juga tetap dapat dirasakan. Dengan Kehadiran kakitangan JMG Sarawak yang amat memberangsangkan ia menambahkan lagi keceriaan majlis yang dijalankan. Diakhirnya, para hadirin disajikan dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan secara bungkusan.