Johor Bahru, 1 April 2014 – Satu majlis pertemuan telah diadakan pada hari pertama Pengarah JMG Johor yang baru melapor diri iaitu Tuan Haji Zakaria bin Hussain. Sebelum ini, beliau bertugas di Ibu Pejabat JMG Kuala Lumpur sebagai Pengarah Hal Ehwal Korporat.
Taklimat Dan Pameran Hidrogeologi Di Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014
Pekan Nenas, 23 April 2014 – Pihak JMG Johor telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan UNESCO-IHP Malaysia. Kem ini telah diadakan di Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor.
Lawatan Pelajar UKM ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak: Kerja lapangan STAP2012: Geosains Pelancongan
DEWAN KASITERIT,IPOH 18 APRIL 2014 - Pada 18hb April 2014 pukul 3.00 petang, rombongan pelajar UKM seramai 22 orang di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Kadderi b. Md. Desa dan 2 orang urusetia telah melawat ke JMG Malaysia, Perak. JMG Malaysia, Perak telah dipilih sebagai salah satu lokasi kerja lapangan di bawah subjek Geosains Pelancongan. Para pelajar telah diberi taklimat berkenaan bidang-bidang teknikal utama di JMG Malaysia, Perak serta sumber mineral yang berpotensi di negeri Perak.
Taklimat mengenai JMG dan sumber mineral di Perak
oleh Tuan Rusli
Taklimat mengenai Lombong dan Kuari oleh En. Faizal
Bergambar bersama pelawat
JUMBO SALE
JUMBO SALE
Pada 25 April 2014, PUSPANITA JMG telah mengadakan JUMBO SALE bagi mengutip dana untuk derma amal. Harga meja bagi ahli untuk membuat jualan ialah rm15.00 hingga rm30.00. sambutan yang hangat diberikan kepada JUMBO SALE ini. Pertandingan teka bilangan biskut juga diadakan dimenangi oleh PN. Muhaini iaitu adik kepada ahli PUSPANITA JMG Pn. Mazita. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PUSPANNITA JMG, Datin Na’imah Binti Hashim.
Lawatan MBInc ke Kompleks JMG Ipoh
KOMPLEKS JMG,IPOH 17 APRIL 2014 - Pihak MB Inc telah membuat lawatan ke Kompleks JMG Ipoh pada 17.04.2014 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang atas jemputan JMG Malaysia, Perak. Seramai 10 pelawat dari MB Inc dan 17 wakil JMG terlibat dalam lawatan ini. Lawatan oleh MBInc bertujuan:
i. Menerangkan peranan MBInc dan hasrat membangunkan aktiviti sumber mineral negeri Perak.
i. Mengenali peranan BPT, PPM, danJMG Perak dengan lebih dekat.
ii. Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara MBInc dan pejabat-pejabat BPT, PPM dan JMG Perak.
iii. Menjalin erat perhubungan diantara pegawai MBInc dan BPT, PPM & JMG Perak.
Pengarah JMG Malaysia, Perak, Wakil Pengarah PPM dan Pengarah BPT telah menyampaikan taklimat berkenaan pejabat masing-masing. Pihak MB Inc telah dibawa melawat Muzium Geologi, Perpustakaan dan Makmal Pusat Penyelidikan Mineral.
Taklimat mengenai JMG Perak oleh Pengarah JMG Perak
Penyampaian cenderahati kepada CEO MB Inc
Lawatan ke muzium
Makan tengahari
Perhimpunan Bulanan JMG Malaysia Perak April 2014
Perhimpunan Bulan April 2014 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Malaysia, Perak) telah diadakan pada 16 hb April 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granit, JMG Malaysia, Perak.
JMGKPP Terima Kunjungan Exco Negeri Kedah
ALOR SETAR, 21 April 2014 - JMGKPP hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, Yang Berhormat Encik Badrol Hisham bin Hashim AMK., BKM., PJK.
Lawatan CEO MB Inc Perak ke Kompleks JMG
Satu Rombongan dari MB Inc Perak yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Aminuddin Hashim dan para pegawai telah melawat kompleks JMG termasuk Muzium Geologi, Makmal Kimiabumi dan Pusat Penyelidikan Mineral.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Ke JMGKPP
ALOR SETAR, 3 April 2014 - Ketua Pengarah JMG Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Yunus bin Abdul Razak telah berkesempatan mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat JMGKPP di Alor Setar, hari ini.
Taklimat Pencegahan Kebakaran Di JMGKPP
ALOR SETAR, 1 April 2014 - JMGKPP pada hari ini telah mengadakan satu Taklimat Pencegahan Kebakaran untuk semua kakitangan jabatan. Taklimat ini disampaikan oleh wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Setar.