PROGRAM LAWATAN AMAL DAN SEKAMPIT BERAS BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI)

PROGRAM LAWATAN AMAL DAN SEKAMPIT BERAS BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI)

KOTA KINABALU SABAH (08 JUN 2018) : JUMAAT, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah(JMG) telah membuat satu Program Lawatan Amal dan Sekampit Beras di empat buah tempat yang berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Rabu, 6hb. Jun 2018 bersamaan 21 Ramadhan 1439H dan Khamis, 7hb. Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H yang lepas. Salah satu dari empat tempat tersebut adalah JMG Sabah.

Baca selanjutnya

Disaster Risk Management (DRM) Certified Professional Training (CPT) Program - Geohazard Information for Disaster Risk Assessment

Disaster Risk Management (DRM) Certified Professional Training (CPT) Program - Geohazard Information for Disaster Risk Assessment

Seramai 16 orang pegawai daripada JMG telah menghadiri Disaster Risk Management (DRM) Certified Professional Training (CPT) Program - Geohazard Information for Disaster Risk Assessment yang berlangsung pada 4-6 Jun 2018 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Program latihan ini telah dianjurkan dengan usahasama antara Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), MJIIT UTM Kuala Lumpur Malaysia & National Research Institute for Earth Sciences and Resilience (NIED) Tsukuba Japan.