SELANGOR, 26 Jun 2021 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMGSWP telah menjalankan siasatan kebakaran susulan insiden kebakaran arang batu di setor simpanan sebuah kilang berhampiran Jeti Sri Tama Pulau Carey, Telok Panglima Garang.
LAWATAN SIASATAN KEMALANGAN - AKTIVITI PEMBANGUNAN LOMBONG DAN KUARI
LAWATAN SIASATAN DAN PENILAIAN - AKTIVITI HIDROGEOLOGI
LAWATAN SIASATAN DAN PERSAMPELAN - AKTIVITI HIDROGEOLOGI
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA
Johor Bahru, 31 Mei 2021 – Buat kali ketiga Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Saufee b. Sehat, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali ketiga ini.
LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN - AKTIVITI GEOLOGI KEJURUTERAAN
LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN - AKTIVITI GEOLOGI KEJURUTERAAN
K-GEO KUMPUL RM 1,300 BANTU KAKITANGAN TERLIBAT COVID-19
ALOR SETAR, 27 JUN 2021 (Ahad) - Kelab Kebajikan Kakitangan JMG Kedah / Perlis / P.Pinang (K-GEO) berjaya mengumpul sumbangan bernilai RM 1,300 bagi membantu meringankan beban salah seorang kakitangan sekeluarga yang ditimpa musibah Covid-19.
Sumbangan tersebut berjaya dikumpulkan selama 2 hari sejak tabung dilancarkan pada Jumaat yang lalu. Selain daripada kakitangan JMGKPP, sumbangan turut diterima daripada pesara-pesara JMGKPP dan bekas pegawai-pegawai JMGKPP yang telah bertukar pejabat.
Sebahagian sumbangan ditukarkan dalam bentuk keperluan makanan asas. Sumbangan diserahkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi K-GEO, En. Fakhruddin Afif dan AJK K-GEO, En. Mohamad Faiz mewakili K-GEO kepada kakitangan yang terbabit.
K-GEO mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan didoakan agar kakitangan yang ditimpa musibah Covid-19 diberi kesembuhan.
Perhimpunan Bulanan JMGNSM - Jun 2021
Isnin, 21 Jun 2021 - Perhimpunan Bulanan JMGNSM bagi bulan Jun 2021 telah diadakan pada hari ini secara maya dengan disertai oleh seramai 40 orang kakitangan JMGNSM. Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan secara ringkas dan sederhana dengan pengisian dan amanat yang telah disampaikan oleh En Joanes bin Muda, Pengarah JMG NSM. Majlis ini juga diadakan adalah bagi meraikan persaraan Esa A. Rahman yang akan bersara mulai 21 Jun 2021 setelah berkhidmat selama 40 tahun.
MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA
Dimaklumkan penutupan pejabat dan kaunter Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
Sehubungan dengan itu, sebarang urusan dan pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut iaitu 018-9804 939 / 019-3338 491 atau boleh emelkan kepada jmgnsm@jmg.gov.my.
Harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.