LAWATAN DELEGASI DARI JABATAN SUMBER MINERAL (DMR), THAILAND KE PPM

LAWATAN DELEGASI DARI JABATAN SUMBER MINERAL (DMR), THAILAND KE PPM

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan delegasi seramai 9 orang pegawai diketuai oleh En. Montri Luengingkasoot, Pengarah, Biro Sumber Mineral, Jabatan Sumber Mineral, Thailand pada 29 Julai 2016. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi dan mengumpul maklumat mengenai PPM sebagai persediaan untuk  mereka menubuhkan satu pusat penyelidikan dalam bidang mineral di Thailand.

Lawatan sehari ini bermula dengan ucapan pengenalan oleh Pengarah PPM, En. Md. Muzayin bin Alimon dan sesi taklimat pula telah disampaikan oleh En. Aminudin bin Mahmud. Selepas itu, rombongan ini dibawa melawat ke makmal-makmal dimulai dengan makmal Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), makmal FESEM dan ICP di bawah Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian dan makmal Cawangan Teknologi Bahan Termaju. Program pada tengahari berakhir dengan lawatan dan sesi bergambar di Galeri Penyelidikan PPM dan makan tengahari di Dewan Serbaguna.

Baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016,PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016,PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

20 Julai 2016 bersamaan 15 Syawal 1437H Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 di perkarangan PPM.Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 kali ini disambut dengan meriah bersama keluarga kakitangan PPM. Pelbagai jenis hidangan di sajikan mengikut cawangan-cawangan. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPM.

Baca selanjutnya