Taklimat Keselamatan Penggunaan Gas di Pusat Penyelidikan Mineral

Taklimat Keselamatan Penggunaan Gas di Pusat Penyelidikan Mineral

Pada 2 Ogos 2018, PPM telah menjemput sebuah syarikat pembekal gas, Gas Pantai Timur Sdn. Bhd. untuk memberi taklimat kepada warga PPM tentang keselamatan penggunaan gas. Hal ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka yang bekerja di makmal setiap hari kerana kebanyakan makmal mempunyai silinder gas sebagai salah satu peralatan untuk penyelidikan di sini.

Wakil daripada syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk memberi taklimat ialah En. Asif Bin Zainudin. Turut hadir ialah En. Mohd Noor, pegawai cawangan syarikat Pantai Timur Ipoh.

Baca selanjutnya

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

Seremban, 7 Ogos 2018 - Satu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Ruang Legar Seremban Prima. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Aminuddin bin Harus, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, dif-dif kehormat dan para tetamu jemputan termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM.

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 8/2018

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 8/2018

Melaka, 6 Ogos 2018 - Satu Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 8/2018 dan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka Tahun 2018 telah diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 6 Ogos 2018. Perhimpunan Bulanan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Penjera Negeri Melaka. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM, Puan Siti Faridah binti Yusup, Timbalan Pengarah JMG NSM, Encik Adnan bin Jermi, Penolong Juruukur dan Encik Umor Baki bin Ahmad, Pemandu Kenderaan turut hadir dalam perhimpunan tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Malam Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) 2018

Majlis Malam Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) 2018

Melaka Bandaraya Bersejarah, 4 Ogos 2018 - Satu Majlis Malam Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) 2018 telah di adakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr, Mohd Khalil Bin Yaakob, Gabenor Negeri Melaka. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka, dif-dif kehormat dan tetamu jemputan termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM.  

Baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat En Zaki Bin Alias Menunaikan Haji JMG Pahang 2018

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat En Zaki Bin Alias Menunaikan Haji JMG Pahang 2018

Pada 3 Ogos 2018, bersamaan Hari Jumaat, 21 Zulkaedah 1439H, JMG Pahang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi meraikan En Zaki bin Alias, Pegawai Geosains, Unit Sumber Mineral JMG Pahang yang akan berangkat menunaikan Fardu Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah. Majlis ini diadakan di bilik serbaguna tingkat bawah bangunan JMG Pahang dan telah dihadiri oleh kakitangan JMG Pahang yang beragama Islam. En Zaki bin Alias dan isteri beliau dijadualkan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 9 Ogos 2018, bersamaan 27 Zulkaedah 1439 H.

Baca selanjutnya