Majlis penyerahan output projek penghasilan peta bahaya dan risiko cerun (Pbrc) kepada pihak berkuasa tempatan peringkat negeri selangor

Majlis penyerahan output projek penghasilan peta bahaya dan risiko cerun (Pbrc) kepada pihak berkuasa tempatan peringkat negeri selangor

Pada 20hb. September 2017, telah diadakan sesi Penyerahan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) kepada pihak berkuasa tempatan peringkat Negeri Selangor di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) Shah Alam. Program tersebut telah disaksikan oleh Y.B. Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersama Y. Bhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan. Majlis penyerahan dibuat sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Selangor Bil. 1/2017.

Program tersebut turun dihadiri pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dan pusat peringkat Negeri Selangor. Penyerahan maklumat PBRC adalah kepada lima Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu Majlis Daerah Hulu Langat (MDHS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp). Turut menerima serahan adalah Plan Malaysia@Selangor  (Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor) dan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Walik JMG yang menyempurnakan sesi penyerahan peta-peta adalah Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), En. Azhari bin Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Timbalan Pengarah Selangor/Wilayah Persekutuan.

Baca selanjutnya

KURSUS PEMANTAPAN KECEMERLANGAN DIRI, PASUKAN DAN ORGANISASI

KURSUS PEMANTAPAN KECEMERLANGAN DIRI, PASUKAN DAN ORGANISASI

Seramai 50 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Ipoh telah menyertai Kursus Pemantapan Kecemerlangan Diri, Pasukan dan Organisasi (PKDPO) yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 hingga 29 Ogos 2017. Antara aktiviti yang telah diikuti sepanjang kursus ini ceramah berkaitan kecemerlangan diri dan kerja berpasukan. Aktiviti-aktiviti berkumpulan juga ditumpukan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan pemantapan kerja berpasukan. Kursus ini dirasmikan oleh YBrs En Aminudin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM.

Baca selanjutnya

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL MENYERTAI MINI SHOWCASE SEMPENA PENGANJURAN 14th GOVERNING COUNCIL MEETING OF THE CENTRE FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY OF THE MOVEMENT OF NON-ALIGNED AND OTHER DEVELOPING COUNTRIES (NAM S&T)

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL MENYERTAI MINI SHOWCASE SEMPENA PENGANJURAN 14th GOVERNING COUNCIL MEETING OF THE CENTRE FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY OF THE MOVEMENT OF NON-ALIGNED AND OTHER DEVELOPING COUNTRIES (NAM S&T)

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipilih menyertai Showcase mini sempena penganjuran 14th Governing Council Meeting Of The Centre For Science And Technology Of The Movement Of Non-Aligned And Other Developing Countries (Nam S&T) bertempat di Hotel Everly, Putrajaya pada 5 September 2017 yang lalu.

MOSTI telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui inisiatif pengkomersialan negara menerusi Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016 bagi memberi fokus kepada pengkomersialan produk-produk/ teknologi-teknologi hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D) tempatan. Inisiatif ini telah dimulakan menerusi Tahun Pengkomersialan MOSTI 2014 hingga 2015, Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 dan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0) bermula 2017 hingga 2019 sebagaimana diumumkan YAB Perdana Menteri pada 8 Disember 2016.

Baca selanjutnya