TAHNIAH BUAT ENCIK AIDIL DAN ENCIK AZIZAN

TAHNIAH BUAT ENCIK AIDIL DAN ENCIK AZIZAN

KOTA KINABALU, SABAH (14 SEPTEMBER 2021): SELASA, Encik Webster Wong selaku Menanggung Pengarah JMG Sabah dan seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan Syabas dan Tahniah buat dua orang Pegawai Geosains Gred C41 yang telah dinaikkan pangkat ke Gred C44 berkuatkuasa 18 November 2020.

Tahniah buat Encik Aidil Arnolous Rema (Pegawai Geosains Unit Lombong dan Kuari) dan Encik Azizan Anak Juhin (Pegawai Geosains Unit Sumber Mineral Aktiviti Mineral Berlogam).

Semoga terus maju jaya dan memberikan khidmat yang terbaik buat JMG Sabah.

 

Sumber Foto : En. Webster Wong Vui Chung   

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Sumber Penulisan : Penulis Blog JMG Sabah

 

PENGARAH JMGKPP BERI TAKLIMAT KEJADIAN BENCANA GEOLOGI KEPADA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

PENGARAH JMGKPP BERI TAKLIMAT KEJADIAN BENCANA GEOLOGI KEPADA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

YAN, 6 September 2021 (Isnin) - Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, En. Abdullah bin Hj. Sulaiman telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai kejadian bencana geologi tanah runtuh dan aliran puing Gunung Jerai kepada beberapa orang menteri dan timbalan menteri.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

JMGSWP, 02 September 2021 (Khamis) – Jabatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan. Pada majlis yang sama juga jabatan mengambil kesempatan untuk meraikan pertukaran pegawai dan disusuli sesi ceramah daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 09/2021 secara atas talian dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah diacarakan oleh En. Khuzer b. Azmi, bacaan doa oleh En. Muhd Hafez b. Rusli, lafaz ikrar Integrity Perkhidmatan Awam daripada En. Shah Hafizan b. Sohaimi dan nyanyian lagu Negaraku. Pengarah, yang berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee menyampaikan amanat dan diikuti dengan majlis perpisahan Puan Rohana bt. Saadin yang telah dinaikkan pangkat ke Gred JA36 dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) setelah menabur bakti selama 19 tahun di JMGSWP. Perpindahan beliau diibaratkan seperti kehilangan sebutir permata berharga untuk jabatan.

Untuk menyerikan lagi majlis sambutan bulan kemerdekaan, satu sesi ceramah bertajuk “Sejauh manakah integrity penjawat awam di kala pandemik” yang telah disampaikan oleh Tuan PKPj Rudzuan b. Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Negeri Selangor. Majlis secara atas talian diakhiri dengan dua tanyangan video, bertajuk “Kemerdekaan Malaysia ke-64, Kibarkan jalur Gemilang” dan lagu patriotik “Warisan”.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE- 64

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE- 64

Pengarah, bersama warga Jabatan Mineral & Geosains Selangor/W. Persekutuan mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada semua rakyat Malaysia. Kami bermohon kepadaMu ya Allah, agar membimbing kami menjadi rakyat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Ameen.