KUANTAN, 2 Julai 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai dari Jabatan Standard Malaysia bagi menjalankan Audit Luar (External Audit (surveillance)) MS ISO/IEC 17025:2017 untuk tahun 2024. Para Pegawai Audit ini terdiri daripada ChM. Nur Hidayah Binti Faridul Amini selaku Ketua Audit dan ChM. Dr. Linda Ng Yian Yian selaku Pegawai Audit Teknikal. Program Audit Luar (External Audit (Surveillance)) ini perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun sekali dan ianya adalah salah satu element penting bagi pengekalan sijil akreaditasi MS ISO IEC 17025:2017.
KURSUS ISO 13528:2022 STATISTICAL METHODS FOR USE IN PROFICIENCY TESTING BY INTERLABORATORY COMPARISON (CAT04)
SHAH ALAM, 23 Jun 2024: Lima Pegawai Geosains Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT telah menghadiri KURSUS ISO 13528:2022 STATISTICAL METHODS FOR USE IN PROFICIENCY TESTING BY INTERLABORATORY COMPARISON (CAT04) bersama SIRIM Academy, bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Kursus bermula pada 23 Jun 2024 dan berakhir pada 24 Jun 2024.
Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017
KUANTAN, 28 Mei 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah menerima kunjungan pegawai Internal Audit dari Makmal BPT, Ipoh bagi melaksana program Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017 bagi tahun 2024. Pegawai-pegawai Internal Audit ini diketuai oleh En. Sharizan Ibrahim selaku Ketua Audit, manakala Pn. Akrimi Masua Mohamad dan Pn. Nurul Husna Ismayatim selaku Pegawai Audit Teknikal. Program ini adalah salah satu unsur penting bagi pengekalan sijil akreaditasi MS ISO IEC 17025:2017. Audit bermula pada 28 Mei 2024 dan berakhir pada 29 Mei 2024.
SEMINAR ICPMS-GLOBAL ARCHEOLOGY RESEARCH CENTRE, USM
IPOH, 21 Mei 2024: Seramai 10 Pegawai dan Pembantu Geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah dipilih untuk menghadiri Seminar ICPMS yang berlangsung di Global Archeology Research Centre, USM Pulau Pinang. Seminar dianjurkan oleh Innolab Sdn Bhd, pengedar produk Thermo Fischer di Malaysia. Peserta didedahkan dengan penggunaan peralatan Laser Ablation dan ICPMS untuk tujuan analisis Unsur Nadir Bumi (REE) dan air di makmal.
LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE
IPOH, 15 Mei 2024: Pada hari ini, Makmal Analisis REE, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai serta kakitangan Terra Mineral Lab (TML) sempena Lawatan Teknikal ke makmal ini. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amirul Bin Md. Nor selaku Pengurus Makmal.