CONEX international quarrying conference and exhibition

CONEX international quarrying conference and exhibition
22 October 2024 | Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya
 
The unique theme for this year’s high-profile informative CONEX international quarrying conference and exhibition during this fascinating technological era is ‘Smart Quarries: AI and Top-trending Technologies’ (SQ-ATT 2024).
 
Based on the outstanding track record and strong support of the Government and industry for past internationally-acclaimed IQM CONEX Conferences; this year’s SQ-ATT 2024 Conference event is definitely going to be another Great Success on outstanding technology-transfer and corporate networking.
 
The main objective of SQ-ATT 2024 Conference is to allow the various international and national government agencies, quarrying industry captains, equipment manufacturing technology experts, academia, quarry personnel and aspiring university graduates a practical high-impact international platform to network at the local and international level; and experts to present state-of-the-art technologies and cost-saving practices and success stories to further progress this economic sector to another level of Global Excellence - a ‘win-win’ setup for all.

LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH: KOMITMEN TERHADAP PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN | 18 OKTOBER 2024

LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH: KOMITMEN TERHADAP PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN | 18 OKTOBER 2024
LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH: KOMITMEN TERHADAP PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN | 18 OKTOBER 2024
 
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk Zamri bin Ramli dan Unit Integriti JMG telah mengadakan lawatan mengejut ke beberapa cawangan dan unit di jabatan hari ini bagi meninjau dengan lebih dekat pengoperasian kerja dan perkhidmatan kakitangan di Jabatan ini. Lawatan mengejut ini bertujuan untuk menilai serta memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan dengan fokus kepada integriti dan kepuasan pelanggan selaras dengan arahan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti di Jabatan ini apatah lagi dengan susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam melalui SSPA yang diumumkan YAB PM baru-baru ini.
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk pengurusan waktu bekerja, tahap kualiti perkhidmatan kaunter, serta respons kepada aduan dan maklum balas pelanggan. Hasil daripada lawatan mengejut ini beberapa langkah penambahbaikan telah dapat dikenal pasti bagi meningkatkan usaha jabatan dalam memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berintegriti demi kepentingan rakyat.
 
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan menepati aspirasi Malaysia MADANI. SSPA adalah permulaan era baharu Perkhidmatan Awam dan berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat bekerja dengan lebih komited dan bersungguh-sungguh demi rakyat dan Negara.

FUN RUN LADA 2024

FUN RUN LADA 2024
🏃🏻🏃🏻‍♀️🏃🏽‍♂️🏃🏽🏃🏽‍♀️🏃🏾‍♂️
📍 Dataran Lang Kuah, Langkawi
🇲🇾 19 Oktober 2024 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi
Selamat pagi semua....
Dah bersenam ke belum ?
Ketua Pengarah JMG dah selesai ber'fun-run' pagi ni... meriah !
Pengarah JMG Kedah/Perlis/P.Pinang dan Timbalan Pengarah Geosains Ibu Pejabat JMG pun ada nampaknya tu...
Terimakasih kepada LADA & penganjur kerana menjemput KP JMG bersama-sama CEO LADA untuk sesi 'flag off' larian ini. Tahniah LADA dan penganjur bersama

Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)

Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)
Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)
 
📍 International Greentech & Eco-Product Exhibition Conference (IGEM) 2024, Pusat Konvensyen KLCC.
▪️ 11 Oktober 2024
 
📕 Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam disertai bersama oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia dan YBrs. Dr. Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Disaster Preparedness And Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di International Greentech & Eco-Product Exhibition Conference (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
 
📗 Program Pengurangan Risiko Bencana di Pacu Komuniti atau CLDRR ini merupakan kerjasama antara JMG dan UTM dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah jawatankuasa pengurusan bencana, badan-badan profesional dan organisasi bukan kerajaan.
 
📘 Program CLDRR ini merupakan inisiatif unik dan anjakan baru dalam memartabatkan program pengurusan risiko bencana yang secara tidak langsung mengangkat peranan penting komuniti dan sumbangan utama mereka dalam menterjemahkan agenda pengurangan risiko bencana di peringkat setempat.
 
📙 Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui JMG sentiasa komited dalam memastikan pengurusan risiko bencana adalah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan piawaian antarabangsa iaitu Sendai Framework For Disaster Risk Reduction 2015 – 2030.

Program Hiking @ Bukit Dinding

Program Hiking @ Bukit Dinding
Program ini telah mendapat penyertaan seramai 50 peserta dari pelbagai agensi di bawah NRES.
Perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG Datuk Hj. Zamri bin Ramli. Sepanjang penganjuran program ini JMG telah mendapat kerjasama yang baik dari Friends of Bukit Dinding.
Jarak keseluruhan hiking ini sekitar 7km meliputi jalan berturap dan denai membolehkan peserta melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur di puncak Bukit Dinding.

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL BERSAMA MIMOS MENGENAI REE MALAYSIA

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL BERSAMA MIMOS MENGENAI REE MALAYSIA
LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL BERSAMA MIMOS MENGENAI REE MALAYSIA
 
9 Oktober 2024, Ibu Pejabat JMG - Cawangan Ekonomi Mineral (EM) JMG Malaysia telah menerima lawatan kerja daripada delegasi MIMOS yang terdiri daripada 10 orang bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai sumber Nadir Bumi (REE) di Malaysia serta potensi pembangunan sektor ini di peringkat pertengahan dan hiliran.
 
Perbincangan teknikal ini dipengerusikan oleh YBrs. Pengarah Ekonomi Mineral, En. Yusari Basiran dan disertai oleh Timb. Pengarah EM, En. Zamzuri Ghazalee, Timb. Pengarah JMG Negeri Sembilan-Melaka, En. Abdul Hadi Abdul Rahman, dan Timb. Pengarah JMG Perak, En. Mahat Sibon. Hasil perbincangan telah berjaya memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada pihak MIMOS mengenai halatuju industri REE, sekali gus mencetuskan idea bagi perancangan pembangunan industri hiliran REE di Malaysia.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan pembangunan sektor mineral negara

IGEM 2024

IGEM 2024
KL Convention Centre over the next three days for plenty: each day is a chance to engage in thought-provoking sessions and discover the latest innovations in clean energy, green technology and more.
The Department of Mineral and Geoscience is part of IGEM 2024 to discuss on the topics of Geopark and Geotapak. Come join us and talk about these topics with our experts here at Pavilion NRES, Hall 1.

Lawatan Kerja dan Perbincangan Teknikal bersama Monument Mining dan Selinsing Goldmine Manager Sdn Bhd.

Lawatan Kerja dan Perbincangan Teknikal bersama Monument Mining dan Selinsing Goldmine Manager Sdn Bhd.
Lawatan Kerja dan Perbincangan Teknikal bersama Monument Mining dan Selinsing Goldmine Manager Sdn Bhd.
 
▪️ YBhg Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG telah menerima kunjungan dan lawatan lawatan kerja oleh Cik Cathy Zhai, Director, President, CEO & Interim Chief Finance Officer dan En. Zaidi Harun, Vice President, Business Development, Monument Mining Limited.
 
▪️ Perbincangan dua hala telah berjalan dengan suasana santai dan ceria. Cik Cathy Zhai telah berkongsikan pengalamannya yang amat luas dalam industri perlombongan dan pelbagai bidang perniagaan termasuk pembuatan bahan berteknologi tinggi dan industri berasaskan bioteknologi di pelbagai negara.
 
▪️ Selain itu, perbincangan juga menyentuh tentang hala tuju masa hadapan industri pelombongan emas di Malaysia.
 
▪️ Terimakasih Cik Cathy dan En Zaidi atas perkongsian pengalaman dan pandangan dengan pihak JMG.
 
▪️ Semoga kerjasama yang terjalin antara JMG dan para pemain industri akan dapat membuka jalan bagi kerjasama erat dua hala demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024

Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024
Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024
 
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan merancang strategi penawanan data bagi tahun semasa, memastikan pengumpulan data yang tepat dan komprehensif, serta menyelaraskan usaha semua pihak yang terlibat dalam proses ini untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7-9 Oktober 2024 bertempat di Copthorne Hotel, Cameron Highland Pahang.