Mesyuarat Kumpulan Kerja 1 Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di Bawah Pelan Induk Cerun Negara

Mesyuarat Kumpulan Kerja 1 Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di Bawah Pelan Induk Cerun Negara

Mesyuarat Kumpulan Kerja 1 Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di Bawah Pelan Induk Cerun Negara telah diadakan pada 20 - 21 Jun 2023 dan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah JMG, YBrs. Tn. Hj Kamaruddan bin Abdullah. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada 14 agensi/jabatan pengurusan cerun dan pengurusan bencana.

Kursus Penggunaan Sistem MyMesyuarat Versi 2.0, Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG Tahun 2023.

Kursus Penggunaan Sistem MyMesyuarat Versi 2.0, Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG  Tahun 2023.
Menjadi hasrat jabatan dalam memastikan kursus ini dapat memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan yang terlibat dalam penggunaan sistem MyMesyuarat dari peringkat awal jemputan hingga maklum balas minit mesyuarat dalam bentuk digital.
Kursus ini disampaikan oleh Puan Norsaliza Binti Saari, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ibu Pejabat di bilik mesyuarat Galena. Kursus ini diadakan selama dua hari ( 20-21 Jun 2023 ).
Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Maklumat JMG dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan JMG.