Johor Bahru, 25 Mac 2021 – Majlis lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah JMG Malaysia YBhg Tn. Hj. Hisamuddin b. Termidi dan Perhimpunan Bulanan Bil 3/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Abd Manaf b. Hanafiah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Fariz b. Dzulkapri dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis bersama KP JMG Malaysia dan Perhimpunan Bulanan kali ini.