Mersing, 6 Ogos 2019 - Satu Program Penyelidikan Jejak Warisan Budaya (JAWAB) telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor bagi membuat penyelidikan dan mendokumentasikan budaya di kawasan Mukim Endau. JMG Johor telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai Geotapak kawasan Tanjung Kempit kerana ia mempunyai sejarah warisan batuan yang tertua di Mersing. Seramai 16 orang peserta daripada berbagai agensi telah terlibat dalam Program tersebut.
PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN GAJI DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 04 Ogos 2019 - Pasukan Naziran daripada Jabatan Akauntan Negera telah mengadakan naziran di JMG Johor ke atas pengurusan gaji bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018. Pasukan naziran terdiri daripada Encik Azlan Awang dan Puan Norashimah Ismail. Tuan Haji Noorazhar Ngatimin yang menanggung tugas Pengarah JMG Johor telah mengalu-alukan kedatangan pasukan naziran dalam satu mesyuarat pembukaan ringkas.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2019
Johor Bahru, 28 Julai 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Noraini bt. Basiri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Razman b. Yusop dan pembaca ikrar oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
PROGRAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING BERTEMAKAN "KNOW OUR GEOPARK" PERINGKAT DAERAH MERSING 2019
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2019, KUNJUNGAN RASMI TKP(OPERASI), MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS AIDILFITRI
Johor Bahru, 23 Jun 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, kunjungan rasmi TKP(Operasi), Majlis Perpisahan dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di dua tempat berbeza iaitu di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH dan Hotel Swiss Inn Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abilah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh Puan Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Timbalan Pengarah En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.