Nusajaya, Johor - Pada 12 Disember 2013, satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor dengan YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor di pejabat beliau di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
Pengurniaan Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) kepada Pengarah JMG Johor oleh DYMM Sultan Johor
Muar, 23 November 2013 - Sempena Menyambut Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke-55, Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah dikurniakan oleh DYMM Baginda Tuanku dengan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (S.M.J) di dalam Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor.
Tengku Panglima Diraja Selangor Ketuai 407 Penerima Anugerah Kebesaran Johor
MUAR : Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengetuai senarai 407 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-55 Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Beliau dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI).
Bengkel Permodelan Hidraulik
Johor Bahru, 22 Oktober 2013 - Satu bengkel permodelan hidraulik bagi kajian mengenalpasti potensi pasir di lepas pantai Negeri Melaka telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Johor. Bengkel ini dikendalikan oleh Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dengan kerjasama pihak JMG Johor.
Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd.
Mersing, 22 Ogos 2013 – Unit Geosains JMG Johor telah menganjurkan satu Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd. yang terletak di Mersing, Johor. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberitahu kegunaan air tanah sebagai air mineral semulajadi, proses-proses yang terlibat dalam pembungkusan air mineral dan memberi gambaran kepada kakitangan JMG Johor tentang industri air mineral.