Johor Bahru, 01 Februari 2024 – JMG Johor telah mengadakan Bulan 'JMG Johor Sihat' bagi tahun 2024 secara dalaman dengan jayanya. Bulan 'JMG Johor Sihat' ini merupakan suatu inisiatif Pengarah dimana ia adalah satu langkah proaktif ke arah mencapai hasrat merealisasikan 'Agenda Malaysia Sihat'. Ia dijadikan program tetap bulanan JMG Johor yang akan diadakan setiap hujung bulan.
KURSUS TEKNIK PEMETAAN ASAS (PRAKTIKAL)
Ayer Hitam, 28 Januari 2024 – Satu sesi perkongsian yang di selia oleh En Khairul Zaman Bin Ibrahim bagi menumpukan latihan praktikal asas pemetaan seperti amali peta dan kompas, pengenalan asas struktur geologi seperti lipatan, kekar dan sesar yang telah diadakan di sekitar Arenawarna Ayer Hitam, Yong Peng, Johor.
PROGRAM GEOLOGY TALK & SITE VISIT (ECG253) UiTM PASIR GUDANG, JOHOR
Johor Bahru, 08 Januari 2024 – Satu sesi perkongsian yang di selia oleh En Khairul Zaman Bin Ibrahim bagi menerangkan berkaitan pembentukan muka bumi dan batuan di Malaysia dan perkongsi pengalaman kerja dalam bidang geologi dan berkaitan telah diadakan di Bilik Design Office, UiTM Pasir Gudang, Johor.
SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBRS EN NOORAZHAR BIN NGATIMIN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGARAH JMG JOHOR
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 02 Januari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Mohammad Saufee b. Sehat diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor yang baharu iaitu Hj. Noorazhar b. Ngatimin. Majlis diteruskan dengan pengenalan kakitangan JMG Johor kepada Pengarah baharu JMG Johor.