14hb April 2022 (Khamis) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Dart Tertutup, JMGM Perak 2022. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.
SUMBANGAN IHYA RAMADAN KKR JMGM PERAK KEPADA MASJID NEGERI
11 April 2022 (Isnin) : Biro Kebajikan Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah melancarkan tabung bagi mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Masjid Negeri Perak. Tabung ini dilancarkan semasa Program Bacaan Yassin. Dana yang berjaya dikumpul diserahkan kepada wakil Masjid Negeri manakala wakil KKR ialah En. Farid Bin Zainudin (Naib Pengerusi I), Biro Kebajikan (En. Khalis Azfar Bin Bakar) dan Biro Sukan (En. Mohd Zaid Bin Aziz).
GOTONG ROYONG 2022 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR) JMG PERAK
01 April 2022 (Jumaat) : Satu program gotong royong anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 30 ahli KKR yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan di sekitar JMG Perak.
SALAM RAMADAN 1443H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK
01 April 2022 (Jumaat) : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG Semalaysia amnya dan JMGM Perak khususnya. Selamat menjalani ibadah puasa dan segala salah dan silap harap diampunkan. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.
PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR
25hb Mac 2022 (Jumaat) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.2/2022 pada 25/3/2022. Sebelum majlis perhimpunan bermula ia dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Kebajikan. Aktiviti bacaan Yassin merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu keempat pada setiap bulan.
KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK
18hb Februari 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sosial telah menganjurkan Kursus Masakan (Roti dan Piza). Kursus ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.
Kursus masakan ini telah diadakan di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak. Seramai 20 orang ahli telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Puan Fazlin Binti Ramli selaku tenaga pengajar untuk kursus ini telah memberikan segala ilmu dan tips bagi penyediaan roti dan pizza. Aktiviti masakan ini dibuat secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan.
PERTANDINGAN TERTUTUP BOLING JMGM PERAK 2022
14hb Januari 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Tertutup Boling, JMGM Perak 2022. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.
Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi KKR, En. Mat Niza Bin Abd Rahman. Seramai 50 orang ahli telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pemenang bagi tempat pertama hingga keenam menerima hadiah berupa barangan elektrik. Manakala pemenang tempat ketujuh hingga ke sebelas menerima hadiah berupa hamper. Pertandingan ini diadakan mengikut ketetapan berikut :-
EKSPEDISI SAINTIFIK GUNUNG KORBU GEOPARK KEBANGSAAN LEMBAH KINTA 2019
1hb Julai 2019 – 7hb Julai 2019 : Gunung Korbu merupakan salah satu geotapak dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Ianya merupakan puncak yang tertinggi di banjaran Titiwangsa dan juga merupakan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu dengan ketinggian 2,183 meter selepas Gunung Tahan iaitu 2,187 meter. Gunung Korbu terletak dalam Hutan Simpan Hulu Kinta, Perak iaitu kira-kira 25 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Gunung Korbu terletak dibawah jagaan Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung.
Oleh kerana tiada lagi maklumat saintifik atau penemuan di Gunung Korbu ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Perak) yang juga pengerusi bagi Jawatankuasa Teknikal Geopark Lembah Kinta mengambil inisitiatif untuk mengadakan ekspedisi tersebut.
JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DI SMK PENGKALAN SEMPENA HARI SAINS
1hb Ogos 2019 (Khamis) – Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan telah menjemput JMG Malaysia Perak untuk mengadakan pameran sempena Hari Sains sekolah tersebut. Unit Pengurusan Maklumat dan Unit Geosains telah bekerjasama dalam menjayakan pameran ini.
MAJLIS PERSARAAN JMG MALAYSIA PERAK 2019
7hb Ogos 2019 (Rabu) – Sebuah majlis sambutan bagi meraikan persaraan warga JMG Malaysia Perak bagi tahun 2019 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Pada tahun ini, seramai 3 warga JMG Malaysia Perak yang bersara iaitu En. Yeoh Swee Taik, En. Hamzah Bin Md. Darus dan En. Mohd. Sharifuddin Bin Mat Isa (kakitangan negeri)