SABAH, KOTA BELUD (28 MAC 2018) : RABU, Satu lawatan pengambilan pasir dan batu telah dibuat oleh Aktiviti Mineral Perindustrian di loji Jabatan Air Kota Belud, Kg. Bayayat. Pegawai yang terlibat adalah Pn. Lim Li Chien (Pegawai Geosains) bersama Juruperunding Geologi, En. Lim Peng Siong.
PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 1/2018 (SESI LAPANGAN) DI KUARI HSBMSB JESSELTON HILL PADA 7 MAC 2018.
KOTA KINABALU, SABAH (07 MAC 2018) : RABU, Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Lapangan) dijalankan di Kuari HSBMSB Jesselton Hill, Telipok, Sabah pada 7 Mac 2018. Seramai tiga orang calon telah menghadiri sesi lapangan ini. Pemilihan tapak dan kuari untuk peperiksaan ini adalah atas inisiatif calon-calon peperiksaan itu sendiri.
BENGKEL ASAS GEOWARISAN ANJURAN UKM
LANGKAWI (27 MAC 2018) : SELASA, En. Farid bin Zainudin (Pegawai Geosains) Aktiviti Geologi Warisan sedang menghadiri bengkel berkaitan Asas Geowarisan di Pulau Langkawi. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula pada 25 Mac 2018 dan berakhir pada 29 Mac 2018.
MESYUARAT WEBGIS DI PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (27 MAC 2018) : SELASA, Satu mesyuarat berkaitan webgis diadakan di ibupejabat JMG Malaysia di Putrajaya.
MESYUARAT PEMBANGUNAN BIL. 1/2018 JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (22 MAC 2018) : KHAMIS, Jawatankuasa Mesyuarat Pembangunan Bil. 1/2018 telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah Tuan Hj. Abdul Kadir bin Ahmad.