TAKLIMAT DAN PEMBENTANGAN WAKIL JMG SABAH KEPADA PIHAK SESB

TAKLIMAT DAN PEMBENTANGAN WAKIL JMG SABAH KEPADA PIHAK SESB

KOTA KINABALU, SABAH (19 JANUARI 2018), JUMAAT : Satu sesi taklimat dan pembentangan berkenaan kejadian tanah rumah di kawasan Sepanggar telah diadakan di Wisma SESB yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan (Bahagian Transmisi) SESB, Pn. Ir Racheal Lim.

JMG Sabah diwakili oleh Dr. Frederick Francis Tating (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan) telah membentangkan punca kejadian tanah runtuh di kawasan Sepanggar yang melibatkan menara elektrik SESB di sana. Turut hadir En. Ahmad Khairut Termizi dan En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains, JMG Sabah). Antara yang membuat pembentangan dalam taklimat tersebut adalah kakitangan SESB sendiri dan wakil daripada Suruhanjaya Tenaga.

sesb miting1

                             Foto Udara Kawasan Sepanggar

sesb miting2

                Taklimat oleh Dr Frederick Francis Tating

sesb miting3

Gambar semasa lawatan tapak, di belakang menunjukkan di mana tiang menara menjadi bengkok.

 

Sumber Photo : En. Goh Khean Seong

Sumber Maklumat : En. Ahmad Khairut Termiz dan En. Goh Khean Seong

 

 

 

MESYUARAT PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG DUDAR DAN KAMPUNG TIMBANG DAYANG, KOTA BELUD, SABAH

MESYUARAT PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG DUDAR DAN KAMPUNG TIMBANG DAYANG, KOTA BELUD, SABAH

KOTA BELUD, SABAH (18 JANUARI 2018) : KHAMIS, 2.30 petang, Satu Mesyuarat bersama antara JMG dan Pejabat Daerah Kota Belud telah berlangsung bertujuan untuk membincangkan majlis perasmian dua (2) buah telaga tiub dan sistem penapisan di Kampung Dudar dan Kampung Timbang Dayang.  Penganjuran majlis ini dicadang akan dilaksanakan pada bulan Februari akan datang.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Norsafi bin Haji Dukah, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Belud.

Baca selanjutnya