LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI MALAYSIA

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI MALAYSIA

Pada 23 Jun 2020, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sarawak telah menerima kunjungan lawatan kerja Yang Berhormat Tuan Ali anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berserta rombongan.

Yang Berhormat Tuan Ali anak Biju serta rombongan telah disambut oleh Timbalan Pengarah Mineral dan Geosains Sarawak, En. Hilary Muyan Nicholas Thomas, Timbalan- Timbalan Pengarah serta pengawai-pegawai Kanan yang lain. Setibanya beliau di perkarangan jabatan, Yang Berhormat serta rombongan disambut dengan tarian ngajat Ngalu Temuai oleh Dr. Dana Badang. Yang Berhormat Timbalan Menteri berkesempatan untuk menandatangani Buku Pelawat JMG Sarawak.

Baca selanjutnya

WDXRF APPLICATION TRAINING BY RIGAKU APPLICATION SPECIALIST

WDXRF APPLICATION TRAINING BY RIGAKU APPLICATION SPECIALIST

Kuching, 21 Februari 2020  -           Unit Perkhidmatan Makmal telah mengadakan latihan Wavelength Dispersive X-Flourescence (WDXRF) Application Training pada 17 Februari 2020 sehingga 19 Februari 2020. Latihan ini telah dianjurkan oleh pihak RIGAKU Corporation Sdn. Bhd. dan tenaga pengajar adalah daripada En. Shun- Ichiro Kamakawa, Rigaku Application Specialist.

Baca selanjutnya

LATIHAN PENGGUNAAN FLUX DOSING EQUIPMENT

LATIHAN PENGGUNAAN FLUX DOSING EQUIPMENT

Kuching, 9 Januari 2020    -        Unit Perkhidmatan Makmal, JMG Sarawak telah mengadakan latihan penggunaan Flux Dosing Equipment. Latihan dianjurkan oleh Syarikat Innolab yang juga merupakan pembekal sah bagi XRF Scientific Instrument dan tenaga pengajar pada hari tersebut ialah En. Tony Ng.

Sesi latihan dibuka kepada semua kakitangan makmal yang berminat, namun diwajibkan ke atas kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal Mineral Perindustrian. Penggunaan Flux Dosing Equipment ini diharapkan dapat mempercepatkan proses menimbang terutamanya flux bagi analisis fusion.

1

2

 

TAKLIMAT KESELAMATAN SINARAN - AWARENESS

TAKLIMAT KESELAMATAN SINARAN - AWARENESS

KUCHING, SARAWAK, 11 November 2019 - Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan Taklimat Keselamatan Sinaran – Awareness pada 11 November 2019. Kursus telah dikendalikan oleh wakil daripada Alpha Centennial Sdn. Bhd, En. Zainal Abidin dan dihadiri seramai 20 orang kakitangan terdiri daripada Ketua-ketua Aktiviti dan kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT DAN PENERANGAN CRAIC COALPRO IIITM MICROSCOPE PHOTOMETER

TAKLIMAT DAN PENERANGAN CRAIC COALPRO IIITM MICROSCOPE PHOTOMETER

KUCHING, 16 Oktober 2018, Selasa – Aktiviti Sumber Arang Batu telah mengadakan taklimat dan penerangan berkaitan CRAIC CoalPro IIITM Microscope Photometer di Bilik Mesyuarat Baiduri JMG Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Wakil Syarikat Borneo Indah Sdn Bhd. Pegawai-pegawai daripada Aktiviti Sumber Batu, Mineral Berlogam, Mineralogi dan Petrologi, dan Mineral Perindustrian termasuk wakil pegawai daripada JMG Sabah turut hadir ke taklimat ini.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT EPEROLEHAN MODUL PEMBELIAN TERUS, MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL PEMBEKAL

TAKLIMAT EPEROLEHAN MODUL PEMBELIAN TERUS, MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL PEMBEKAL

KUCHING, 18 Oktober 2018, Jumaat – Taklimat ePerolehan dan Latihan Hands-on telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 hingga 18 Oktober 2018 di Bilik Mesyuarat Baiduri JMG Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak. Dua orang penceramah telah dijemput daripada CommercedotCom, Kuching iaitu Puan Nurfarida Bte Abdillah, Pegawai Penyelaras ePerolehan Zon Kuching dan En. Mohamad Sharul Nizam bin Razali.

Taklimat Modul Pembelian Terus dihadiri oleh 39 pegawai Peminta daripada semua aktiviti manakala untuk Modul Sebutharga 40 pegawai yang terlibat dijemput.  Taklimat dimulakan dengan pengenalan kepada ePerolehan, peranan peminta dan tatacara atas talian membuat nota minta. Latihan Hands-on dilakukan menggunakan contoh permintaan perolehan bekalan/barang dan juga perkhidmatan yang berkaitan dengan permintaan lazim JMG Sarawak seperti bekalan kerja lapangan dan perkhidmatan yang bernilai kurang daripada RM20, 000.00.

Bagi modul Sebutharga pegawai didedahkan dengan jawatankuasa yang terlibat dan peranan setiap jawatankuasa. Setelah selesai taklimat, setiap jawatankuasa membuat latihan hands-on secara atas talian menyediakan sebutharga sebenar iaitu; Sebutharga Perkhidmatan Sewaan Kenderaan. Sebutharga disediakan sehingga ke peringkat pengiklanan sebutharga.

Seramai 18 syarikat/Pembekal juga telah dijemput untuk hadir ke Modul ePerolehan Pembekal. Taklimat modul ini merangkumi Pengenalan ePerolehan, peranan pembekal secara atas talian bagi Pembelian Terus dan Sebutharga sehingga ke peringkat Pembayaran.

Penutupan rasmi taklimat ini disempurnakan oleh En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak. Dalam ucapan penutupan beliau berharap agar semua yang terlibat para pegawai mahupun para pembekal memainkan peranan dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti agar proses perolehan terus dan sebutharga berjalan dengan lancar.

Pada akhir majlis, Pengarah menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua penceramah sebagai tanda penghargaan atas pengetahun dan ilmu yang dikongsikan.  

1