KT CITY FUN RUN 2018

 

 

IMG-20180203-WA0012Kuala Terengganu,Terengganu 2 Februari 2017- Kerajaan negeri telah menganjurkan satu larian amal KT City Fun Run 4KM 2018 yang bermula di Pulau Warisan dan berakhir juga di Pulau Warisan.Beberapa orang kakitangan JMG Terengganu juga turun sama meyertai larian tersebut.

IMG-20180202-WA0006

IMG-20180202-WA0005

MESYUARAT BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN

MESYUARAT BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN

Dungun, 13 Februari 2018 - Mesyuarat bersama diantara JMG Terengganu yang diwakili oleh En. Norzuhairil Zubir (PGS-SAT) bersama Pej. Kesihatan Daerah Dungun telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan ujian kualiti air untuk telaga tiub dan mengesahkan sebagai sumber air bersih dan selamat digunakan. Selain itu turut dibincangkan ialah pemasangan sistem simpanan dan perpaipan untuk klinik desa kg. Jongok Batu, membantu pelaksanaan pemasangan sistem perpaipan ke rumah-rumah secara gotong royong dan penglibatan untuk pamiran semasa perasmian telaga tiub yang dicadangkan pada bulan Mac akan datang. Aplikasi NBOS ini telah berjaya dalam membentuk kerjasama dari segi kakitangan serta kewangan termasuk guna sama infrastruktur yang ada.

LAWATAN KERJA KE KUARI BUKIT CHETAI

IMG-20180214-WA0011

 

Hulu Terengganu, Terengganu, 13 Februari 2018- Pengarah JMGTGG, En Azemi bin Hj Eki telah mengadakan lawatan kerja ke kuari Bukit Chetai, Hulu Terengganu. Kuari ini merupakan sebuah kuari batu dimensi yang diselia oleh syarikat GGTM Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini turut disertai oleh timbalan pengarah En. Aziz bin Che Soh, pegawai geosains, En Mohd Faiz bin Ahmad Roshdi dan beberapa orang kakitangan jabatan yang lain.

IMG-20180214-WA0010

 

 

 

PERJUMPAAN BERSAMA J3K, KG JONGOK BATU.

PERJUMPAAN BERSAMA J3K, KG JONGOK BATU.

Dungun, 12 Februari 2018 – Mesyuarat bersama diantara JMG Terengganu dan Pengerusi J3K Kg. Jongok Batu telah berlangsung bagi membincangkan tentang program perasmian telaga tiub dan sistem penapisan bekalan air kepada penduduk kampung. Mesyuarat ini yang diketuai oleh En. Hamlee Ismail (KUGS) turut dihadiri oleh En. Azemi Hj Eki (pengarah), En. Norzuhairil Zubir (PGS-SAT) dan Cik Nor Azrah Mat Atan(PGS-PG). Cadangan penganjuran majlis ini akan dilaksanakan pada bulan Mac akan datang