Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah berlangsung pada 4 November 2024 di ParkRoyal Resort, Langkawi, Kedah, Malaysia. Acara ini telah disempurnakan oleh Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRES.
Β
Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dalam bidang geosains, dengan kehadiran delegasi dan pakar dari pelbagai negara untuk berkongsi pandangan serta membina jaringan kerjasama baharu.