34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)

34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)
34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)
πŸ“ Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
πŸ—“ 11 - 12 Mei 2023.
Sekitar lawatan YBrs. En. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG dan YBrs. Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG dan pihak Pengurusan JMG ke ITEX'23.
Dua rekacipta dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), JMG dipertandingkan dan telah meraih pingat emas dan perak.

Meeting on Cooperative Possibility on Coal Potential Study With Japanese Goverment Agency (JOGMEC) and JMG

Meeting on Cooperative Possibility on Coal Potential Study With Japanese Goverment Agency (JOGMEC) and JMG
Meeting on Cooperative Possibility on Coal Potential Study With Japanese Goverment Agency (JOGMEC) and JMG telah diadakan pada 12 Mei 2023 bertempat di Ibu Pejabat JMG Putrajaya.
Mesyuarat di pengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral JMG dan dihadiri Pengarah Cawangan Wakil dari Bahagian Mineral dan Geosains Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Sarawak dan Pegawai dari Cawangan Ekonomi Mineral.

MAJLIS RAYA LESTARI KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)

MAJLIS RAYA LESTARI KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)
MAJLIS RAYA LESTARI KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC) | 9 MEI 2023
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia turut bersama-sama NRECC, jabatan dan agensi di bawahnya dalam menjayakan majlis raya kali ini πŸŒ™
Pelbagai juadah raya disajikan kepada warga NRECC serta pengunjung yang hadir. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan gerai dan pakaian tercantik

Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua

Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua.
πŸ“Bangunan Perdana Putra, Putrajaya
πŸ“† 08 Mei 2023
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pembangunan dalam industri mineral negara dari peringkat huluan, pertengahan hingga ke hiliran.
Mesyuarat juga membincangkan isu-isu berkaitan perlombongan yang perlu ditangani segera dan bersetuju agar Dasar Mineral Negara akan dibangunkan dengan segera.
JMG telah membentangkan beberapa kertas pertimbangan dan kertas pemakluman serta memberikan input-input teknikal dalam mesyuarat ini.
Kertas-kertas yang dibentangkan menyentuh mengenai beberapa dasar penting dan operasi berkaitan sektor
mineral iaitu :
β–ͺ️ Prosedur operasi standard perlombongan NR-REE di Malaysia
β–ͺ️ Penyediaan dan perakuan laporan cadangan penjelajahan oleh ahli professional yang berkelayakan
β–ͺ️ Laporan pengauditan projek perintis NR-REE di Negeri Perak
β–ͺ️ Cadangan langkah peningkatan pelaburan ke dalam sektor mineral negara
β–ͺ️ Hasil penilaian potensi sumber mineral negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11
β–ͺ️ Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan sektor mineral dan perlombongan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar, wakil Premier Sarawak dan wakil Menteri-Menteri Besar dan wakil Ketua-Ketua Menteri.
Syabas kepada team JMG dan NRECC !