MESYUARAT CAWANGAN EKONOMI MINERAL BIL.1/2024 IBU PEJABAT JMG DAN MAJLIS PERPISAHAN PN. BRENDAWATI ISMAIL

16 Februari 2024, Putrajaya – Mesyuarat Cawangan ekonomi Mineral Bil.1/2024 telah dipengerusikan oleh Pengarah Ekonomi Mineral, En. Yusari bin Basiran dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ekonomi Mineral, Pn. Haniza binti Zakri, KPPK Perhubungan Industri, En Zamzuri bin Ghazalee, KPP Tekno Ekonomi, En. Salehuddin bin Mohamad, mantan KPP Dagangan Antarabangsa, Pn. Brendawati binti Ismail serta pegawai-pegawai Cawangan Ekonomi Mineral.
 
Seusai mesyuarat berlangsung, pihak Cawangan Ekonomi Mineral telah mengadakan sebuah majlis perpisahan bagi Pn. Brendawati binti Ismail yang telah mendapat kenaikan pangkat ke Gred52 di JMG Selangor/W.Persekutuan.
 
Jalan-jalan ke Kota Raja,
Hampir lupa singgah mertua,
Berpisah hanyalah tempat kerja,
Bukan pisah untuk selamanya
 
Pihak Cawangan Ekonomi Mineral mengucapkan semoga puan terus cemerlang dan maju jaya di tempat baru.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.2 TAHUN 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.2 TAHUN 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.2 TAHUN 2024
 
📍Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), KL
📆 14 Februari 2024
 
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil.2 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Damar Minyak, JPSM, KL.
 
YBhg. Datuk P.Geol Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG, YBrs. Tn. Hj. Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG serta beberapa wakil dari Ibu Pejabat JMG telah hadir ke majlis tersebut.

Kunjungan Hormat Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Suatu kunjungan hormat daripada Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia (MYGEO) kepada Datuk P.Geol. Zamri bin. Ramli, Ketua Pengarah JMG diadakan.
Turut bersama ialah P.Geol Dr. Abdullah b. Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG.
Sememangnya pihak JMG sentiasa membuka ruang kepada pelbagai institusi bagi sebarang perbincangan kearah pembangunan bidang mineral dan geosains di Malaysia.
Antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan ini adalah:
1 - Penggunaan Kod Perunding Geologi (330211) di bawah Kementerian Kewangan dengan lebih meluas
2 - Cadangan untuk mengadakan Geoscience and Mineral Expo 2024 sebagai program ketampakan (visibility) Industri Geosains
3 - Cadangan mengadakan Promosi Industri Geosains di peringkat wilayah dan negeri
4 - Inisiatif kesinambungan pemain-pemain industri geosains
Kunjungan hormat ini memberi peluang untuk bertukar pandangan, identifikasi peluang kerjasama dan memberi manfaat lebih besar kepada kedua belah pihak dalam memartabatkan industri geosains.

SESI TAKLIMAT SISTEM MyGEMS KEPADA KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS PAHANG

SESI TAKLIMAT SISTEM MyGEMS KEPADA KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS PAHANG
SESI TAKLIMAT SISTEM MyGEMS KEPADA KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS PAHANG
 
Satu sesi taklimat telah diadakan pada 7/2/2024 bertempat di JMG Pahang dan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Aminah binti Abdul Sarif, Pengarah JMG Pahang. Terima kasih kepada semua kakitangan JMG Pahang yang turut sama menjayakan sesi taklimat tersebut.